Jumaat, 6 Februari 2015

Cuti-Cuti Malaysia [MELAKA]


السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah, plan kami nak jalan2 cari makan di Melaka berjalan dengan lancar. Tujuan asal sebenarnya nak ambik barang2 adik perempuan suri yg dah habis belajar dekat UTEM. Kami pergi hari Sabtu dan Ahad minggu lepas. Tapi sebelum tu, zaza awal2 dah mintak izin dengan suami.. bukan main redah je tau! maklum ler zaza kan isteri org hehehe. Bila dah dapat 'green light' apa lagi... melonjak kesukaan ler muahaha.


Perjalanan kami lebih kurang 2jam. Alhamdulillah jalan pun tak jem mana. Bila dah masuk Melaka tu kan, kami pekena roti canai.. padahal sebelum gerak kami dah belasah nasi dagang kat kedai Ubi Kayu, Taipan USJ hihihi. Dah nama pun jalan2 cari makan kan! belasah je apa yg ada depan mata.  Sebenarnya kami dah tak sabar nak check-in, tapi disebabkan check-in jam 3 petang, terpaksalah kami makan tenghari dulu. Pilihan kami mestilah asam pedas melaka. Rugi wooo kalau datang tak pekena asam pedas. Area tempat zaza lupa, yg pasti nama restoran tu Hjh. Rahmah Hj. Ibrahim. Memang super sedap.


Masing2 dah kekenyangan... kami terus menuju ke Maydin pulak nak ambik adik suri kat situ. Sebab dia je yg tahu kat mana Hotel Tasik Utama tu terletak hahahaha. Alhamdulillah, rupanya hotel tu tak jauh dari Maydin. Masuk je bilik yg pertama cari mestilah katil muahaha. Badan kepenatan katakan.. akhir kata, kami berdua tertido. Cuma adik suri je yg layan tv. Jam 5 petang, destinasi kami seterusnya adalah Pantai Kelebang port 'coconut shake'. Memang nyaman je tekak ni.. nak2 pulak sekarang cuaca memang panas terik. Sambil minum boleh pulak ternampak Ayda Jebat alaaaa pelakon citer 200% tu. Orgnya memang lawa.. kecik molek je.




Selepas tu, kami menuju ke pantai.. Ya Allah, jalan jem sangat2. Tapi redah jugak dah alang2 berada kat sana huhuhu. Padahal lepak bukannya lama pun.. sekadar makan burger dengan air kelapa dan ambik gambar seround terus balik sebab azan maghrib berkumandang. Malam tu, konon nak makan ikan bakar kan ! tapi hampeh.. kami takde rezeki huhuhu. Dua2 tempat kami pergi semua penuh. Alih2 kami makan asam pedas claypot pulak hahahaha.


  
Paginya kami check-out jam 12 tengahari.. makan pagi kami skip hehehe terus makan tenghari di kedai yg sama. Selepas tu, kami singgah rumah sewa adik suri untuk mengambil barang2 dia. Penuh satu kereta tu.. nasib teddy bear tak kena tinggal hahaha. Sebelum keluar dari Melaka.. zaza singgah beli dodol, cencaluk, belacan serta thsirt untuk adik2 zaza. Memang berpuas hati sebab ada jugak gift untuk diaorg walaupun untuk diri sendiri takde huhuhu. Dan yg penting ! tajaan pergi balik, penginapan, makan, minum semua ditanggung sendiri oleh suri. Terharu sob sob sob.. mekasih banyak2, In Shaa Allah ada rezeki nanti kita pulak belanja awak.






nOte : Plan seterusnya ke Pulau Pinang pulak.. selepas balik dari Melaka, suri ke Johor bersama Xskoll dia. Zaza tak dapat ikut hehehe sb kene keje..malas nak ambik cuti. Lain ler KL cuti direct sampai Thaipusam.




8 ulasan:

  1. uittt besarnya cik teddy...ni buat peluk tido mmg best sangat dah nie.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini kira anak... Mak dia lgi beso kat umah hihi.

      Padam
  2. geram tengok cik ted tu besau sangat...

    BalasPadam
  3. sedapnyaaa asam pedas melaka. ^^tetiba rasa teringin nak makan. hahah

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.