Jumaat, 6 Mac 2015

18-23hb Aktiviti yg sangat padat.


السلام عليكم ورحمة الله



RABU 18HB FEBRUARI 2015
Terpaksa ambik cuti awal sehari sebelum Tahun Baru Cina sebab tiket semua dah penuh. Itu la, sape suruh beli tiket last minit kan ! Tapi, alhamdulillah.. rezeki masih berpihak kepada zaza hihi. Bertolak jam 9.30 pagi dan sampai jam 5.00 petang. Sebenar family kat kg ingat zaza balik pada rabu malam walhal zaza balik pagi hahaha. Surprise ! diaorg semua terkejut. Eh, comey tak Baymac kita kat dalam uncang tu hihihihi. Zaza panggil Bell.. 1st time tau bell naik bas dengan zaza muahaha.



KHAMIS 19HB FEBRUARI 2015
Fuhh, ingat balik kg boleh ler rehatkan minda muahaha.. tapi fikiranku meleset sama sekali huhu. Kami satu family keluar ke Megamall Kuantan. Kira satu hari la kitaorg kat sana hahaha.. keluar pagi baliknya malam. Zaza pun tak tahu apa yg dibuat kat sana hihihi. Sebenarnya nak beli baju raya, alang2 semua dah ada kan. Masuk Jakel keluar semula alasan, semua tak berkenan. Giler apa! kemain banyak kain kat sana takde perasaan pulak nak beli hehe. Okey kira kat sana jalan2 cari makan. Nak pergi DIY pun tutup ofkos la sebab raya cina uolss!.


 

 JUMAAT 20HB FEBRUARI 2015
Tenghari pulak kitaorg pergi ke majlis sambut menantu kazen sebelah pihak lelaki pulak. Sebab sebelum ni kat rumah perempuan zaza tak dapat pergi huhuhu. Alaaa rumah pihak lelaki satu kg je.. kalau nak berarak jalan kaki pun boleh sampai hihihi.. tapi basah ketiak dulu la hehe. Kami adik beradik pulak yg terlebih excited pakai baju tema yg sama hehe. Jangan tak tahu ! baju tu baju raya tiga tahun lepas.. sedang2 muat tau dengan zaza hahaha. Zaza dari bujang sampai la berkahwin memang kalau raya akan buat tema yg sama.. erti kata corak sama tapi warna yg berlainan. Bukan apa, nampak cantik je.. kalau pergi beraya, org pun akan tahu yg kami semua anak2 kepada pakteh dan makteh hihihi. Perasan... macam ler retissss !!.

 
 

SABTU 21HB FEBRUARI 2015
Bila dah balik lama kan.. terdetik pulak nak pergi Pasar Payang, Kuala Terengganu. Dah lama rasanya zaza tak jejak kat sana.. mana taknya, jarak rumah ke sana lebih kurang sejam lebih huhuhu. Sekarang highway pantai timur dah siap, so kami belasah cukup2. Alhamdulillah, mengambil masa sejam je perjalanan kami. Pasar Payang memang terkenal dengan jualan sutera, batik dan songket. Harga pulak memang berpatutan dan yg penting boleh tawar menawar lagi. Zaza sekadar cuci mata je dulu hihihi.

 

  
 Lepas keluar dari Pasar Payang.. kitaorg singgah Nagoya pulak. Dah rezeki Nagoya kan! sampai je sana terus berkenan kain kat situ hehe. Kebetulan ada sale murah2 so kami grab ler sorg satu..ehh, zaza je satu tau ! yg lain tiga pasang huwaaaa. Bila dah sampai rumah menyesal tak sudah. Tapi, zaza tak kisah sebab kat sini pun ada Nagoya.. bila2 masa je zaza boleh pergi hehe. Alhamdulillah, akhirnya kami adik beradik dah dapat baju raya masing2. Cuma nak pergi tempah jahit je. Lebih selamat beli awal2 ye dak! kan nanti tailor pandang sinis je kat kain kita huhuhu.

 


Kg. Cina yg terkenal di Kuala Terengganu telah dinaiktaraf sebagai kawasan pelancongan dengan adanya lukisan Mural di lorong2. Tujuh lorong berkenaan ialah LORONG PENYU, KENAGAN PAYANG, WEE SING HEE, WARISAN DUNIA, EKO, HAJI AWANG BESAR dan SENI FUN MAP. Semua cantik2. So, zaza dan family memang tak lepaskan peluang bergambar sama. Sebelum ni kan, asyik tengok org post kat FB je. Rupanya Kg. Cina bersebelahan dengan Pasar Payang je hihihi. So layan je la gambar kami yg over eksyen.













 Banyak lagi sebenarnya gambar tu... tapi kan, nanti termuntah hijau pulak uolss layan. Kami sampai rumah jam 10 malam hokey !. Memang sakan kami jalan2. Apapun, kami happy sangat!.


AHAD 22HB FEBRUARI 2015
Ha ha ha.. nasib ler arini semua dah start keje, kalau tak kemana lagi nak pergi. Tarik nafas panjang2!.. ingatkan balik seminggu lepak kat rumah padahal jalan mengalahkan pelancong luar muahahaha. Jangan ingat ahad zaza duduk rumah je tau !. Tengahari zaza pergi jumpa sahabat baik semasa sek dulu. Hari lain jadual semua padat tinggal ari ahad je.. itpun dia dah nak balik Lipis huhuh. Petangnya, zaza ziarah rumah sedara yg berdekatan je. Memang kalau balik kg.. zaza mesti lepak2 sana jumpa sedara mara. Tak payah nak tunggu raya baru nak jumpa kan!. Kawan2 yg lain zaza mintak maaf sangat2 sebab tak dapat jumpa korang. Ececeee macam la ko glamor sampai satu kg nak jumpa hahahaha.


ISNIN 23HB FEBRUARI 2015
Tiket balik KL jam 11.40 tengari. Macam biasa ler mak jadi mangsa zaza hihihi. Bukan takut nak tunggu bas sorg2, tapi biasalah nak bermanja2 gitu. Alhamdulillah, zaza selamat sampai KL lebih kurang jam 7.30 petang. Jalan memang jem giler2. Nasib suami datang pickup zaza.. kalau tak, nak train ler kite huhu. Opss ! isnin zaza ambik cuti hehe. So selasa, macam biasa la kena keje dahh.




nOte : bulan ni nak kena balik kg lagi.. ada kenduri kawin kazen ngeee!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan