Khamis, 19 Mac 2015

Aktiviti : [Air Terjun Kalumpang]


السلام عليكم ورحمة الله


Asyik sibuk je kan ! sampai terlupa nak post pasal AIR TERJUN KALUMPANG. Pernah dengar  tak ?. Zaza pun pertama kali dengar dan pertama kali jugak sampai ke sana hehe. Sebelum ni Air Terjun kat Sungai Congkak dan jugak Kemensah hihihi. Kalumpang terletak di Kg. Pasir Puteh, Hulu Selangor. Kami pergi hari Ahad awal bulan tiga haritu seramai lima org je. Semua kelima2 tu anak dara.. ehh, i sorg je mak dara muahahaha. Apapun yg penting, awal2 dah mintak izin suami.. alhamdulillah. Kami naik satu kereta je senang muat sekaligus hihihi.


Ya ALLAH, cantik sangat2 keindahan alam semula jadi. Airnya pun sangat bersih dan tenang je. Kalau bawak family yg ada anak2 memang terbaik sangat. Kami pergi tempat open yg tak kena bayaran pun. Kalau nak tempat yg kena bayaran beserta chalet pun ada.. bersebelahan dengan tempat kami ni je. Dah sampai.. so kena la cari port nak lepak. Lepas tu baru boleh angkat barang2 semua bawak turun. Jangan pulak ada yg terus berendam sampaikan makan tengahari tak berasap hihihi. 


 Masing2 dibahagikan tugas hehe.. so, bermula lah keje kami. Nak makan mestilah tolong menolong kan !. Nasi siap2 diaorg dah bawak dari rumah. Cuma nak kena masak lauk pauk je hahaha.. dengar macam mewah je kan yg nak kena masak. Padahal biasa2 je.. alaaa nama pun piknik takkan nak makan nasi briani pulak :p. Menu kami yg simple tapi mantoppp.. ayam bakar, daging bakar, ikan bakar, telor dadar dan udang masak asam pedas portugis beli pek yg dah siap hihihi. Senang je kan.. minuman teh o limau sejuk perghhh ! nak2 sekarang cuaca kat Malaysia panas memang elok sangat berendam sambil minum air sejuk kehkeh.


Bila dah semua kenyang.. baru lah boleh berendam ye anak2 sekalian. Tapi sebelum tu.. jangan lupa basuh pingan dan kemas tempat duduk ye hihihi. Mata masing2 asyik menjeling je ke arah air tu hahaha.. dah tak tahan nak berendam. Dah nama pun mandi manda kan ! rugi wooo kalau duk lepak je. Kat rumah pun boleh lepak hihihi. Bab pakaian nak mandi, memang awal2 lagi zaza dah pakai hahahaha.. gelojoh tak kat situ. Tak payah nak rajin pegi tukar bagai hehehe. Bila dah siap mandi baru ler tukar pakaian baru okey !.


 Lebih kurang jam 5 petang kot, kami semua beransur nak balik dah. Mandi tak payah cakap ler berapa lama setiap sorg hahaha.. kalau boleh semua tak nak naik. Sebelum balik ker rumah, kami singgah dekat Jejantas Sungai Buloh berhenti solat Asar dulu. Selfie satu kali hihihihi.






  



nOte : Tqsm ye kawan2 sudi ajak kita join sekali.. ada rezeki lagi jangan lupa jemput hehehe.



6 ulasan:

  1. Balasan
    1. hahaha itu la, nak makan ke nak mandi ni hehe,

      Padam
  2. air terjun disini memang best! shaila pernah pergi sekali..😉😉

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la shaila.. best sangat ! nak2 musim panas

      Padam
  3. alahai bestnya zaza
    dah la musim panas skrg ni
    sbb bby kecil lg mmg x ke air tojun le..

    sg congkak pernah skli j ke sana
    yg zaza bgtau ni pestime dgr.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ciksu sabar ye ! tggu rania besar nnti main air sama2 hihihi..
      *zaza pun kawan ajak, kalau tak memang tak tahu jugak

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.