Khamis, 9 Julai 2015

Iftar - 10 Pullman Putrajaya


السلام عليكم ورحمة الله



Alhamdulillah, rezeki zaza dan kawan2 sepejabat berbuka puasa tahun ni di Hotel Pullman Putrajaya, pada 27hb Jun 2015 hari sabtu yg lepas. Sesungguhnya ALLAH memberi rezeki kepada sesiapa yg dikehendakiNya tanpa batas.. aamiin. Dan kali ni, zaza berseorangan tanpa di temani suami tersayang hehe. Kebetulan suami ost, so zaza terpaksa pergi bersama maya opismate zaza. Rasa kurang meriah sikit tanpa hadirnya suami disisi hehehe.. kebiasaan makanan dah tersedia atas meja hahahaha wife yg perasan macam permaisuri gitu. Tapi bukanlah zaza malas okey, cuma banyak la sikit makanan bila dah berdua kan.. boleh la mintak sikit suami punya hehe.


Haah, ni dia meja pilihan zaza hehe.. suka duduk hujung2 senang nak ambik makanan. Satu meja ni boleh duduk 11 org. So ada 1 family 5 org dan 3 pasangan couple. Eh, couple tu bukan bujang tau ! no.. no.. masih lagi mood honeymoon hihi [belum ada rezeki]. 
 
Sorry, tak sempat nak snap menu2 yg ada kat situ sebab Hp zaza dah out terlebih awal huhuhu. Sayang kan, semua menu best2 dan yg paling penting kambing golek. Gambar2 kat bawah ni semuanya melalui Hp kak arifah. Jom ! kita tengok..


Masa ni semua dah selesai berbuka.. kalau nak snap sebelum berbuka memang takde org nak layan muahahaha. Masing2 sibuk dengan makanan. Okey, paling kiri isteri big bos, kak amelina, zaza, fatimah, maya, kak arifah, mira dan puan laili.


Bersama en. aziz berbaju hitam. Sempat lagi diaorg posing.. apapun, en. aziz memang sporting orgnya.


Ni pulak, jejaka2 yg baru berjinak kat opis hehe.. mereka semua muka2 baru. Alhamdulillah.. makin ramai ler staff. Nama zaza tak tahu sangat hahahaha. Diaorg pun sporting macam dah kenal lama.


Dua org ni pun muka baru.. malu2 kucen nak bergambar dengan akak2 ni hehe. Padahal zaza yg terlebih control malu hehe.


Nak selfie 3 org memang tak boleh.. anak fatimah muncul tiba2 hahahaha. So layan je la kan, nanti ada yg merajuk pulak. Pandai pulak dia photo genik hihihi.


Family bahagia.. abg zaidi bersama isteri dan 5 org anaknya. Anak2 semua dah besar. Dan gambar kat bawah fatimah bersama suami dan 2 org puteri beliau.




Selepas selesai berbuka dan solat Maghrib, kami semua dihidangkan dengan buah2 tempatan pulak.. salah satunya raja buah. Perghh ! masing2 memang tak lepaskan peluang. Free kan hehe.. eh, free apanya!.. memang dah termaktub dalam satu kepala tu hahaha. Apapun, kami semua memang enjoy malam tu. Hope ada rezeki lagi tahun depan. Aamiin.


nOte :  Aduh, bila dengar lagu raya hati tak sabar nak balik kg lalalalala.


2 ulasan:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.