Jumaat, 19 Oktober 2012

:.. Budak Opis Di Rompak ..:

السلام عليكم ورحمة الله


ehsan google
Rompakan dijalan raya sebenarnya bukan lagi perkara baru bagi rakyat Malaysia. Semakin hari semakin berleluasa.

Terbaru, insiden ni berlaku petang semalam lebih kurang jam 2 petang pada zakuan (budak opis), betul2 berhadapan opis. Ketika dia berhenti parking, didatangi sebuah kereta wira (4org india), dan salah sorg darinya keluar bertanyakan pasal kereta (helux) yg dibawa oleh zakuan sudah lama tidak dibayar!. Zakuan bermati2an menyatakan bahawa kereta itu sudah pun dibayar.. tapi india tidak berpuas hati lalu keluar 2org lagi membawa parang panjang terus meluru ke kepala zakuan, dia tergaman!. Masa kejadian tidak ada satu kereta pun yg lalu lalang kat situ. Zakuan mengalah! demi keselamatan diri beliau. Semua barang yg ada pada diri Zakuan seperti hp, dompet dan juga kunci kereta di bawak lari oleh perompak. :(

Menurutnya, kejadian berlaku dalam sekelip mata. Bagaimanapun, mujurlah dirinya tidak di apa2kan. Bagi org ramai liluar sana, sentiasalah berwaspada tak kira dimana anda berada.

Bila aku dengar citer ni... memang takut yg amat! mana tidaknya kadang2 aku menunggu en.suami ambik time balik kerja. uisshh!! lepas ni kalau en.suami lambat datang, terpksa la aku lepak mana2 kedai makan dulu demi keselematan kan.

nOte :  time berlaku aku bersama 2 org lagi kawan tengah makan kat opis dan yg lain semuanya keluar.


4 ulasan:

  1. ya allah... bahayanya... dia yg lelaki pon bleh kena gitu..apa tah lg kita yg pompuan nie.. pejam mata je laa perompak tu nak merompak kita...

    BalasPadam
  2. betul tu cik moon.. skrg penjahat xkira org.. mana dia rasa nak dia ngappp!!.. so berhati2 la.. :)

    BalasPadam
  3. huuuuuu...bc pun dah serammm..mintak dijauhkan dari kita semua...

    BalasPadam
  4. betul tu cma, moga dijauhkan semua benda2 yg xelok!..amin

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.