السلام عليكم ورحمة الله
GEORGETOWN - Dalam keadaan sakit hendak melahirkan anak, seorg isteri tetap mengagahkan diri untuk menziarahi dan mencium jenazah suaminya yg maut akibat kemalangan jalan raya sebelum terus dikejarkan ke Hospital, semalam. Adegan pilu itu menyentuh perasaan org ramai di Masjid Jamek Hashim Yahaya di jalan Perak, disini sebelum Siti Jannah Mohamed Amin 27, dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang [HPP].
Siti Jannah dimasukkan ke wad bersalin HPP sejal dua hari lalu kerana menunggu masa melahirkan anak keduanya, namun dikejutkan dengan berita kematian suaminya yg terlibat dalam kemalangan di Lebuh Leith, disini awal pagi semalam.
Berikutan itu, ahli keluarga wanita itu membawanya keluar dari hospital untuk menghadiri pengembumian suamina dan sebaik selesai solat jenazah dan mencium jenazah arwah, Siti Jannah mengadu sakit perut.
Dia kemudian dibawa ahli keluarga ke HPP dan selamat melahirkan bayi perempuan kira2 jam 3.30 petang semalam, kira2 12 jam selepas suaminya meninggal dunia akibat kemalangan.
Ya, ALLAH, rasa sedih sebak pula bila terbaca artikel ni.. kuatnya wanita ni. Kasih suami isteri sampai ke hujung nyawa. Semoga arwah suaminya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. AL-FATIHAH. Semoga baby yg baru lahir menjadi anak yg solehah buat ibunya.
nOte : sumber MyMetro
sedihnya... :'(
BalasPadamalfatihah utk arwah
innalillah.sebak rasanya
BalasPadamciksu dah pos semalam :)
semoga selamat sampai nanti ye :D
tahniah