Selasa, 9 Oktober 2012

:.. Tarung Derajat @ Centre Point Seremban..:

السلام عليكم ورحمة الله

Meh! dekat2 sikit aku nak citer.. Jumaat yg lepas telah di adakan game Kejuaraan Pemilihan Tarung Derajat Fasa 2 at Centre Point, Seremban sehingga hari Ahad. Team yg bertanding iaitu Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah dan kami mewakili Selangor telah menghantar 5 org peserta. Alhamdulillah team kami telah memenangi 3 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa, walaupun team kami sebenarnya masih baru dan 1st time mencuba dalam sukan ni.



Sukan ni diberi nama 'Tarung Derajat' - adalah ilmu olahraga seni, lebih kurang macam silat la.. tapi game ni boleh sepak kepala.. tumbuk muka.. awesome kan!. hahaha. 

nak tau camne rupa pakaian diaorg? nah!!. ada bran tak?


 Dan gambar yg kat bawah ni pulak halaman rumah nenek salah sorang budak kami di Seremban yg tak jauh dari tempat game. Kami semua tido disana dan memang berbaloi2 sebab siap dgn package sarapan pagi lagi..hehe, terima kasih nenek! korang ada perasan tak pokok kat tengah2 kami tu.. org nogori mesti tau kan? tak lain tak bukan.. pokok cili api hahahaha idea sdn bhd aku padahal bukan main banyak lagi pokok bunga kat tepi2 tu..:p 











Gambar ni pulak memasing keletihan sampai ada yg tertido. dasyat betul la diaorg ni.. 

Ahad pagi kami seramai 6 org kena bertolak pulang ke Taman Medan dahulu dan terpaksa tinggal yg lain coz hari yg sama kami terpaksa mengadakan persembahan silat untuk org kawin.. bz kan kami?? hehe. bukan jauh pun dgn seremban mengambil masa lebih kurang 45 minit je. Sampai di rumah kami semua bersiap2 dgn pakaian silat.  Macam pahlawan tak mereka!.. :)















Ok! bergambar dulu sebelum mula.. hihi berbaki 4 org je yg ada. yg tengah bertudung merah tu adalah mak aku (mertua) selaku isteri maha guru silat kami. :) terbaik!! 

Dan yg bertudung ijau tu >>> sape lagi kalau bukan aku yg berlagak comey..hahahaha. Mana2 ada je muka aku kan? so ade aku kesah?? wakakakakaka..



Di kesempatan ni, aku nak berterima kasih pada mereka2 - moni | ieta | nuzul | haziq kerana bertungkus lumus memberi persembahan yg terbaik... dan berterima kasih jugak kepada team kami selangor (tarung derajat) - en. asben selaku wasit | abg john selaku pengurus | eteng selaku pelepas dan peserta2 - nuzul | e'en | fadzli | haziq | din | teha | dan juga moni kerana kamu >>> adanya team selangor.

nOte : seronok bila dapat kumpul ramai2..:)


4 ulasan:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.