Selasa, 18 November 2014

Bila bunga-bunga rindu sudah datang..


السلام عليكم ورحمة الله


Suasana sangat sejuk beku sekarang ni kat dalam opis yg tak berapa nak happy sebab perut den lapoo mintak di isi hehe.. Pagi tadi sempat breakfast Bliss yogurt drink dengan sebiji roti kacang je. Itu pun beli kat speedmart sebelah opis. Nak pegi kedai mamak belakang opis malas ler pulak.

Semalam dapat wassp.. "belanja gambar satu kali"

hahaha.. pagi2 lagi suami mintak gambar! rindu ler tu. so terhegeh2 la aku duk selfie sorg2.. ehh macam tak biasa pulak buat keje tu kan!.. kali ni posing maut mata langsung tak tengok camera hp :p

Kejap tu jugak send je terus!! laju macam kilat. hihihi

Sebenarnya.. aku pun rindu giler dekat cinta hati sorg ni.. Alhamdulillah suami dah pun selamat sampai. Tak sabar tunggu balik pulak. Wahai encik suami, keje tu elok2 ye kat tempat org.. dan yg penting jangan nakal2.


nOte : bila bunga2 rindu sudah datang 

2 ulasan:

  1. Bila berjauhan dgn suami gitu la kak.. Hihi
    Sweetnya akk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha sweet la sgt ye mimie.. mengada2 ada ler hihi.
      nama pun suami mesti ler rindu tak gitu hehe..

      Padam