Selasa, 6 Januari 2015

Aku ada kawan..


السلام عليكم ورحمة الله


Zaza ada kawan, sepanjang 4 tahun menggenali minah ni hehehe.. makin lama makin membuatkan zaza lebih rapat mengenali antara satu sama lain. Allah lembutkan hati kami untuk saling terima persahabatan dengan tulus ikhlas.. alhamdulillah. Perkenalan kami bermula dari 'muka buku' memang tak disangkakan. Iyelah kan, kebiasaan mereka anggap pertemuan di alam maya ni setakat chatting je kan? walhal kalau dah niat kita ikhlas tak mustahil mereka yg baru kita kenal akan menjadi sahabat kita dunia akhirat. 


Pertama kali zaza jumpa dia memang layanan terbaik walaupun sebelum ni hanya berhubung melalui fb or whatsapp. Itu pun kami bertemu sebelum puasa tahun lepas kira baru lagi la hehe. Ibaratkan pertemuan jejak kasih pun ada hihihi.. padahal kami baru nak bersua muka. Masing2 tak kekok bila bertemu hahaha.. zaza dah rasa macam minah ni kazen zaza sendiri. Minah ni sebaya zaza dan mempunyai 2 org anak. Kalau ikutkan hati zaza, mau setiap hari minggu nak ajak lepak je hehehe. Tapi, minah ni nun jauh di selatan huhu.


Zaza sangat sayangkan persahabatan ni..
Zaza harap biarlah bersahabatan ni akan berkekalan dunia akhirat..
Dan yg penting, zaza berkawan dari hati yg tulus ikhlas..
Takde sekelumit perasaan jahat dihati [spy ke muahahahaa]
Zaza mendoakan semoga Amy sekeluarga berbahagia dan sentiasa berada dibawah lindunganNya.

 
gambar tengah.. hihihi cak!!!


"Rasulullah s.a.w bersabda : "Orang yg menyayangi satu sama lain semata-mata kerana Allah, akan berada di atas kursi yg diperbuat dari yaqut [delima] di keliling arasy". 


Orang Islam kena sayang antara satu sama lain. Menyayangi satu sama lain semata-mata kerana Allah ialah berkawan tanpa kepentingan peribadi [untuk mendapatkan sesuatu] atau kerana nafsu [contohnya sama-sama meninati perkara yg tidak baik seperti judi].


Rasulullah s.a.w yg bermaksud : "Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu menelitis siapa yg menjadi temannya" [H.R Abu Daud]. Bak kata pepatah Arab, "Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikkan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita".


nOte :  Ada rezeki, panjang umur kita jumpa lagi ye!! In Shaa Allah.


14 ulasan:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.