Selasa, 9 Disember 2014

#5 - Ole Ole Sabah


السلام عليكم ورحمة الله


Jumaat lepas zaza dapat buah tangan dari Sabah, alhamdulillah rezeki. Ingatkan dapat satu barang je rupanya empat barang sekaligus! syukur sangat2. Sebelum tu, zaza nak ucap terima kasih kepada suri sb sudi ingat zaza masa tengah cuti2 malaysia kat sana hehe.. Bukan itu aje, siap datang jemput lagi ajak keluar minum katanya sambil hantar barang sambil lepak2 muahaha.. padahal package makan malam sekali hihi dan lagi??? suri yg belanja zaza.. bertuah badan :) 


Owh! baiknya hati suri dah tiga kali kot zaza rasa suri yg belanja. Zaza nak hulur duit tak sempat aje kehkeh, ke saje2 buat lambat puan zaza weh. Tak baik tau ambik kesempatan kat org yg berbuat baik dekat kita. Ehh, zaza tak terfikir macam tu sekali nak aniaya org sedemikan yg dah tolong kita. In Shaa Allah, nanti ada kelapangan lagi, kita keluar zaza pulak yg akan belanja suri makan tapi tak boleh la nak tido sana ye suri hihi. 


Zaza memang tak pernah sampai lagi ke negeri Sabah. Ada rezeki kami nanti, In Shaa Allah akan sampai jua. Sebenarnya teringin jugak nak bercuti ke sana. Nak merasa juga pantai sana hehe.. Asyik pantai Terengganu je kan! [mcm la hari2 tengok pantai, balik pun beberapa bulan sekali hehe] Owhh lupa pulak apa barang yg zaza dapat tempoh hari. 


Tadaaaa!!!

 

Banyak kan? setiap pek pun banyak isinya. Ada Ikan Bilis, Keropok Amplang Likas, Kuih Cincin dan Brooch Mutiara yg sangat cantik. Zaza pun tak tau berapa harga setiap barang huhuhu. Apapun terima kasih banyak2 sekali lagi ye suri. Semoga Allah limpahkan rezeki buat suri. Ke semua makanan zaza suka.. paling pebret kuih cincin :)


 
nOte : suami takde bereh aje, tapi suami ada pun dia memang izinkan.. apapun zaza memang tak akan membelakangi suami, zaza terlebih dahulu report kat suami untuk kata putus tau..

8 ulasan:

  1. alhamdulillah rezeki. suka makan kuih yang bulat bulat tu :)

    BalasPadam
  2. alhamdulillah... bestnya... mun suka kuih cincin...nyummnyummm

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. rezeki.. Cantik brooch tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg cantik.. zaza dh ada 3 pattern mcm ni..itupun hadiah dri sabah jugak muahaha.

      Padam
  4. Lama betul.tak makan kuih cincin.
    Dah pindah sini, belum.ada kawan sabah lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. owhhh... zaza pun kawan bagi hehe. nak pegi sabah tak tahu bila hihi..

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.