Khamis, 4 Disember 2014

Malam tadi punya citer..kepala dah berat tahap ting tong'..


السلام عليكم ورحمة الله

Syukur Alhamdulillah.. pagi ni kepala ok sikit dari malam tadi. Balik keje zaza mengalami tanda2 awal nak kena demam. Nak di jadikan citer, time lunch zaza dengan fatimah pegi tapau makanan kat foodcourt berdekatan opis. Sampai sana ambik itu ini terus bayar, tetiba hujan lebat. Kereta pulak park jauh adoii.. tak kan nak tunggu hujan berhenti kot! kami berdua saling berpandangan hehe.. apa lagi? jom ler kita lari laju2 hahaha.. semangat kental kami lari dah macam gaya pelari pecut kehkeh. Nak sampai kat kerete tu memang basah kuyup jugak la. Ok dah selamat duduk senyap2 dalam terus balik ke opis. Satu hal lagi huhu.. nak masuk opis terpaksa kami lari sekali lagi kahkahkah.. yg penting kami sempat makan sebelum jam 2 petang.


Pakaian basah sekejap je kering.. duduk dalam berhawa dingin kan, so tak payah nak pening sangat. Macam biasa buat keje itu ini yg ada.. sementara jam 5.30 petang nak balik. Tapi, dalam jam 5 petang zaza dah tak sedap badan.. kepala berat je mana taknye, duk osssemmmm!! sampai terbawak kat rumah. Ingat sekejap je selsema rupanya tidak huhuhu. Pelik, dalam hati 'apsal pulak selesema ni tak hilang2'. Lorr, baru teringat kisah lunch hour huhu kena hujan rupanya. Sensitive sangat!! [nak manja pun biarlah suami ada kehkeh].. Nasib baik zaza mandi dah lepas balik keje tu. Kalau mandi lewat maunye zaza pengsan tak bangun2.


Selsema.. selsema jugak.. perut tetap lapo macam biasa mintak diisi huhu. Konon org sakit la kan, so mulut terasa nak makan bubur. Bertungkus lumus kat dapur sorg2 siapkan bubur.. masuk beras dalam periuk nasi on je porridge senang! biar je dia kat dalam tu. Lepas tu, buat suap ayam simple dengan goreng daging pekasam siap. Perghhh!! sakit ke nak melantak.. hahaha. Okey dinner zaza siap sebelum jam 8 malam. Alhamdulillah makan lah sorg2 bertemankan tibi hehe.


Kepala dah berat tahap ting tong'.. penat sangat sampai satu tuala tu kot basah hahaha. Terfikir ada ke panadol kat umah ni.. sb zaza memang tak makan kalau demam sikit2 kecuali pergi klinik. Cari punya cari, akhirnya jumpa jugak panadol ActiFast, mybe suami punya sb dia pernah kena demam sebelum ni. Alhamdulillah, settel terus makan ubat then sambil tu layan citer hindustan. Ehh, dalam duk sakit kepala sempat jugak layan citer tu.. kalau org lain maunye terus tido.


Whatsaap jugak suami bagitau kena selsema itu pun dia tanya buat pe. So tak nak bagi dia risau, zaza bagitau dah makan ubat. Kan terbatas pulak kursus dia kat negori sana sb fikirkan bini dia sorg ni kat rumah hehe. Ingatkan kalau tak ok jugak pagi tadi, memang nak ambik mc je. Jangan ingat zaza ni pantang sakit sikit terus ngelak kan! zaza bab2 mc memang jarang ambik.. pekerja cemerlang kan! muahahaha. Boleh kira dalam setahun berapa kali je, entah2 langsung takde kikiki.

makan roti canai pun tak habis.. selera kureng!

nOte : hujan sekarang tak menentu.. pagi, tenghari, petang, malam, subuh..



8 ulasan:

  1. speedy recovery la harapnya ye!

    jaga makan, makan ubat jugak kalau tak larat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq sally.. alhamdulillah pagi tu selsema dah xde. Allahuakhbar!

      Padam
  2. get well soon zaza, sekarang ni musim orang tak sihat ni...

    BalasPadam
  3. mama kalah betul kalau kena hujan, kepala sakit bagai... musim ni, hujan panas ... tak jaga kesihatan habis flat nanti dear..

    Mama Niza

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebelum ni okey je mama.. xde nak manja cam gini hehe.. mybe sb duk dalam ekon lpas tu kuar pulak panas..tetiba hujan turun huhu

      Padam
  4. alalahi siannya.dia
    smga cepat sembuj k.betul tu hujan x menentu skrg ni. itu yg masa pergi maha terbatas nak bjlan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dah sembuh spt sediakala ciksu hehe.. musim dia' dah skrg itu la

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.