Rabu, 24 Disember 2014

Megi vs Lilin


السلام عليكم ورحمة الله


Amboi semangat pagi2 dah tunjuk gambar megi kari super pedas!. Megi ni malam tadi zaza masak.. alasan nak masak nasi lauk bagai malas hihi. Maklum ler tinggal sorg mood malas kemain laju la :p 


Dah lama takde stok megi kat rumah.. balik keje semalam singgah speedmart terus beli. Bahan2 sayur memang dah tersedia kat dalam  peti ais. Zaza kalau makan megi memang tak gemar sangat letak telor dan kalau boleh semua sayur nak campak dalam periuk tu hihi. Dah sah2 megi tu super pedas kan, gatal tangan campak jugak dua biji cili api perghhh! memamng mables sedap pedas.




Nasib ler sempat makan habis megi ni.. tak lama lepas tu balckout satu taman erkk! zaza ingatkan rumah zaza je yg bergelap. Laju je tangan bukak laci ambik lilin n lighters ngeeeee. Itupun dah sedia awal2 takut emergency macam ni ler tak payah nak susah payah baru terkapai2 nak cari benda alah tu semua dan yg penting lighters mesti ada sb rumah zaza guna dapur letrik bukannya dapur gas pun. Takde guna jugak kalau lilin je yg ada kan! muahaha. 


Alhamdulillah, tak sampai lima minit terus lampu menyala. Horeyyy la!! kalau tak mesti tido kepanasan takde kipas pastu datang pulak nyamuk n the geng kan!. Sukaaa la mereka semua. Hahahaha kemain cantik bekas letak lilin tu. Sebenarnya, bekas tu tempat letak lilin kat dalam dan kat atas permukaan letak air serta pewangi so wangi lah satu rumah hehe. Feeling macam spa gitu cewaaahh. Itupun percuma beli pewangi sb nak letak dalam 'Revitalisor clean air'' yg dibeli dari Cosway.




nOte : Family mertua angah dah berpindah ke rumah saudara dan angah pulak balik ke rumah mak. Takziah! kami kat sini turut simpati dan faham perasaan korg sb sebelum ni zaza sempat mengalami pengalaman banjir walaupun air tak masuk dalam rumah. Zaza doakan semoga mereka2 mangsa banjir dalam keadaan baik. In Shaa Allah.


6 ulasan:

  1. betul tu sama sama kita doakan
    kt kedah skrg ni pon hujan berterusan dah brap hri nii
    eh.eh.sama la .. mcm rmh saya blackout skjp.risau..nasib skejap cuma

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la ciksu.. bkn pantai timur je banjir beberapa negeri lain pun turut sama. sama2 kita berdoa. itu la, kejap pun menglilau jugak dibuatnye hihi..

      Padam
  2. Pengalaman 6 hari takdak letrik, memang susah. Berpusinv cari lilin, lastnya pakai torch light ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. olooo lagi kesian.. nsib ada torch light kan mama hehe..

      Padam
  3. wahh..! candle light dinner makan megi.. heheheh

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.